Search This Blog

Monday 16 June 2014

Used MISTRAL MFZ101U 92L Upright Freezer including Breastmilk Storage


Jika anda mengamalkan breastfeed dan tak cukup tempat nak simpan EBM, freezer ni adalah yang paling sesuai untuk anda buat stok lebih-lebih lagi nak bulan Ramadhan ni kan. Freezer ni kami nak letgo sebab baby pun dah besar dan start minum susu botol. Berikut adalah spesifikasi dan features freezer ini:


MISTRAL Upright Freezer 92L MFZ101u Including Breastmilk Storage
Price RM700.00
Size (LxWxH) 56.5x49.0x85.0cm
Model MFZ 101u
Accessories 78 EBM storage bottles
More Details 4 drawers
Wide body
Exterior temperature dial
Corrosion resistant cabinet
Concealed high efficiency compressor
Low energy consumption
Space saving interior
Warranty Type No Warranty
Age 1 year
Reference http://www.lazada.com.my/khind-mini-freezer-mfz101u-447508.html


Untuk freezer ini kami sertakan sekali breastmilk storage sebanyak:

1. 43 buah botol storage jenama BUMBLE BEE yang bernilai RM120 (BPA Free) dan
2. 25 buah botol storage jenama AVENT yang bernilai RM75 (BPA Free)

25 buah botol storage AVENT bernilai RM75

43 buah botol BUMBLE BEE bernilai RM120


Untuk pengetahuan semua, botol storage ini semuanya masih berkeadaan terbaik dan selamat untuk simpan EBM. Anda juga boleh gunakan beg plastik untuk simpan EBM tapi tidak digalakkan kerana mudah terkoyak dan saya pernah terbaca yang khasiat EBM akan menurun sebab beg plastik akan menyerap khasiat tersebut. Selain itu, beg plastik hanya sekali pakai dan tidak boleh digunakan semula. Kos juga akan bertambah di situ. So yang terbaik gunakanlah botol storage sebagai kaedah terbaik nak simpan susu ibu...


Pengalaman Menggunakan Produk Ini

Pada pendapat kami inilah freezer terbaik untuk simpan EBM. Rekabentuknya seperti minibar ditambah pula dengan slot-slot drawer menyebabkan EBM mudah disimpan dan dicapai. Drawer pertama iaitu yang di atas sekali adalah drawer terkecil manakala drawer kedua dan ketiga mempunyai saiz yang sama dan lebih besar dari yang pertama. Drawer di bawah sekali adalah drawer yang paling besar.




Sepanjang penggunaannya, kami tak pernah alami sebarang masalah dan setiap dua bulan kami akan cuci di bahagian dalam dan luar.

Untuk pengetahuan anda, kami TAK PERNAH guna freezer ini untuk menyimpan bahan makanan lain seperti daging atau ayam mentah, sayur-sayuran dan sebagainya. Kami memang mengkhaskan freezer ini untuk susu EBM dan menjualnya semula sebagai freezer EBM juga. Oleh itu, saya memang recommend freezer ini kepada sesiapa yang tengah cari untuk stok EBM.


Kekurangan

Freezer ni bunyinya agak kuat seperti peti ais. So tak berapa sesuai kalau nak letak di bilik tidur. Lebih baik letak di dapur saja.

Jika berminat, sila hubungi saya

Puan Asma 019 280 8797
atau
Encik Azwan 019 279 8797

2 comments:

  1. Lama dah mengidamkan upright deep freezer ni. Akhirnya jumpa gak yg 2ndhand dengan harga yang sangat berbaloi... Semangat ni nk buat stok EBM balik.. wwweeee :) Tuan punya freezer ni sgt mudah berurusan dan sgt baik hati sebab bagi free je 43 buah botol storage jenama BUMBLE BEE yang bernilai RM120 (BPA Free) dan 25 buah botol storage jenama AVENT yang bernilai RM75 (BPA Free)...sgt berpuas hati dengan condition upright deep freezer ini...

    ReplyDelete